Kelayakan Trek & Balapan Sukan Olimpik Ditangguhkan

PERSEKUTUAN Olahraga Dunia (WA) mengumumkan kelayakan trek dan balapan Sukan Olimpik Tokyo tahun depan ditangguhkan sehingga 1 Disember berikutan pandemik Covid-19. Temasya itu sudah ditunda daripada musim panas tahun ini kepada tahun depan akibat penularan wabak berkenaan. “Pada tempoh sekarang ia lebih kepada untuk membolehkan atlet membuat perancangan dan persiapan. Ia adalah cara paling terbaik bagi keadilan semua pihak. “Saingan di seluruh dunia dalam mana-mana kejohanan akan menjadi tidak sekata berikutan perjalanan antarabangsa dan peraturan sekatan masuk serta keluar sempadan,” kata Presiden WA, Sebastian Coe. Atlet yang sudah melayakkan diri…

Read More

Ratu Pecut Negara Guna Aplikasi ‘TikTok’ Untuk Berlatih Di Rumah

KUALA LUMPUR: Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula bulan lalu menyaksikan sudah tiga minggu ratu pecut negara, Zaidatul Husniah Zulkifli mengorbankan cintanya terhadap trek balapan dan aktiviti berlari demi mematuhi arahan duduk di rumah. Pemenang pingat perak 100m wanita Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 itu kini menjalani kehidupan seharian yang agak janggal bagi seorang atlet pecut apabilla hanya melakukan latihan fizikal tanpa sebarang latihan pecut yang khusus. Perubahan serta-merta susulan penularan COVID-19 itu mampu memberi kesan buruk kepada perkembangan prestasi pelari berusia 26 tahun itu meskipun beliau mendisiplinkan diri mengikut…

Read More

Pembayaran Elaun Latihan Kepada Atlet Terus Dijalankan

KUALA LUMPUR – Pembayaran elaun latihan kepada atlet dan jurulatih di bawah Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MSWP) diteruskan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata, sebanyak RM600,000 diperuntukkan pada Mac dan April antara usaha menjaga kebajikan atlet dan jurulatih di Wilayah Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. “Bantuan ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan kegusaran 700 atlet dan 103 jurulatih di bawah MSWP. “Diharapkan pembayaran elaun ini dapat mengekalkan motivasi jurulatih dan atlet untuk cemerlang di Kejohanan Sukan Malaysia (Sukma) edisi ke-20 di Johor kelak,”…

Read More

Hup Wei Maih Punyai Peluang Untuk Melayakkan Diri Ke Sukan Olimpik

KUALA LUMPUR: Atlet lompat tinggi negara, Lee Hup Wei berharap penularan wabak COVID-19 dapat dihentikan segera tahun ini dengan dirinya sedang memburu kelayakan ke Sukan Olimpik Tokyo yang ditunda ke satu tarikh baharu, 23 Julai hingga 8 Ogos 2021. Hup Wei yang pernah menyertai Olimpik 2008 dan 2012 berkata, penularan pandemik berkenaan mengganggu latihan rutinnya dan buat masa ini, dia lebih banyak melakukan latihan ringan di rumah bagi mengekalkan tahap kecergasan. “Ada lebih setahun lagi untuk persiapan (layak ke Sukan Olimpik),” katanya. “Bagaimanapun, buat masa ini kita perlu lihat kepada…

Read More

Atlet Yang Tidak Layak Mempunyai Peluang Untuk Bersinar

Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) menyokong penuh keputusan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) / Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) dan Jawatankuasa Penganjur Tokyo 2020 untuk menganjurkan temasya Sukan Paralimpik dari 24 Ogos hingga 5 September tahun depan. Menurut Setiausaha Agung MPM, Datuk Subramaniam Raman Nair, ia adalah satu keputusan yang bijak sekali gus mempamerkan penyatuan sifat kemanusiaan dan semangat kesukanan yang tinggi. Dengan atlet yang layak telah mendapat jaminan tempat katanya, bermakna kini peluang masih terbuka buat atlet yang belum layak membuat persiapan sewajarnya untuk memburu tempat ke Sukan Paralimpik 2021. “Ia berikutan…

Read More

KBS Sedia Membawa Pulang 48 Atlet Di Luar Negara

KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sedia membawa pulang 48 atlet yang kini berada di luar negara sekiranya ada keperluan berbuat demikian. Menterinya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dalam satu kenyataan hari ini berkata, tindakan itu akan dilaksanakan sekiranya keadaan wabak COVID-19 di luar negara menjadi bertambah buruk. Bagaimanapun, Reezal mengesahkan semua 48 atlet termasuk atlet profesional dan atlet di bawah persatuan sukan berada dalam keadaan baik dan selamat. “Majlis Sukan Negara (MSN) dan persatuan sukan masing-masing sudah berhubung dengan atlet terbabit untuk mengetahui perkembangan dan keadaan mereka…

Read More

Atlet & Pegawai Disahkan Selamat Dari Wabak Korona Virus

SERAMAI 48 pegawai, jurulatih dan atlet yang pernah berhubung rapat dengan atlet baling tukul besi negara, Jackie Wong, didapati negatif Covid-19. Jackie sebelum ini menjadi atlet pertama negara disahkan positif Covid-19. Mereka terbabit menjalani ujian di Pusat Kesihatan Daerah Cheras pada 18 Mac lalu dan keputusan dikeluarkan kelmarin mendapati kesemua yang mempunyai kontak rapat dengan Jackie sebelum ini adalah negatif. Bagi Jackie yang kini menjalani kuarantin di Hospital Sibu, Sarawak tiada apa yang menggembirakan dirinya ketika ini selain daripada berita yang diterima itu. “Ia berita yang amat menceriakan saya. Seramai…

Read More

Atlet Negara Dikuarantin 14 hari Di MSN & ISN

SEMUA atlet dan pegawai sukan yang berkampung di Majlis Sukan Negara (MSN) serta Insititut Sukan Negara (ISN) dikenakan kuarantin untuk tempoh 14 hari bermula hari ini sehingga keadaan kembali pulih atau mereka disahkan bebas daripada jangkitan Covid-19. Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) Datuk SM Muthu berkata semua atlet yang merancang untuk balik kampung atau menyelesaikan sebarang urusan tidak dibenarkan berbuat demikian selaras dengan garis panduan yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Beliau berkata, walaupun atlet baling tukul besi negara Jackie Wong dijangkiti penyakit terbabit menerusi ayahnya yang sebelum ini disahkan…

Read More

Jaguh Atlet Negara Sah Positif COVID-19

FASILITI Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN) ditutup sementara selepas salah seorang atlet negara disahkan positif Covid-19. Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican memberitahu pihaknya telah menerima laporan bahawa atlet baling tukul besi negara, Jackie Wong didapati positif Covid-19. Jelas Reezal Merican, Jackie dipercayai berjangkit daripada bapanya yang juga didapati positif Covid-19. “Atlet tersebut kini dikuarantin di Hospital Sibu. “Sebagai langkah segera untuk keselamatan dan kesihatan atlet-atlet pelbagai acara sukan, saya telah mengarahkan agar fasiliti MSN dan ISN yang telah dikunjungi atlet tersebut ditutup…

Read More

Sangeetha wins in Bangkok and dreams of winter Olympics

The 2020 Winter Youth Olympics are going on in Lausanne now and little Sangeeta Retnakumar is following it avidly. She hopes to be part of the action someday. The 12-year-old is a rising star in ice skating. In the just concluded Ice Skating Institute (ISI) Asia Final Championship Series in Bangkok, she won five gold medals. Sangeetha, who represents Sunway Pyramid Ice Academy, took part and won in the Freestyle 4, Solo Comp F4, Footwork F4, Open FS Silver and Drama Sport FS4 events. The Year Six pupil from SK…

Read More