VUELTA (Jelajah Sepanyol) Bermula di Basque

VUELTA tahun ini akan bermula di negara Basque selepas pembatalan saingan permulaan di Belanda, menurut salah satu penganjur Jelajah Utama, awal pagi tadi. Vuelta atau Jelajah Sepanyol dijadualkan bermula 14 Ogos di Utrecht dan tamat 6 September di Madrid tetapi perlumbaan ditangguhkan ke tarikh belum ditetapkan susulan pandemik koronavirus. Ia juga akan bermula di Irun, Sepanyol dan mengandungi 18 peringkat, kurang tiga daripada jadual asal selepas saingan di Belanda dimansuhkan. Kenyataan penganjur perlumbaan berkata keputusan itu tidak menggantikan tiga saingan peingkat pertama yang merangkumi wilayah Belanda, Utrecht dan North Brabant…

Read More

PBP Harapkan 15 Atlet Muda Untuk Memburu Pingat SUKMA

PERSATUAN Berbasikal Pahang (PBP) kini meletakan sandaran dibahu 15 atlet muda yang akan bersaing memburu pingat dalam lebih 20 acara yang dipertandingkan pada saingan Sukan Malaysia (Sukma) Johor 2020 tahun depan. Presiden PBP Asri Abd Mubin berkata, sandaran utama pingat emas diarahkan kepada atlet berpengalaman yang juga pemenang pingat perak di Sukma Perak 2016, Vanessa Suhana Zaidi dalam acara basikal gunung disiplin ‘downhill’. Menurutnya, bukan atlet berkenaan (Vanessa Suhana) sahaja dilihat mampu meraih pingat malah beberapa rakanya dalam acara disiplin ‘rentas desa olimpik’ (XCO) termasuk lebuh raya turut mempunyai peluang…

Read More

Sukan SEA 2021: Hasrat Raih Emas Acara Berbasikal Trek Lebur

MALAYSIA sudah boleh melupakan hasrat memburu pingat emas dalam acara berbasikal trek pada temasya Sukan SEA 2021 di Vietnam. Presiden Persatuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Abu Samah Abd Wahab berkata, Vietnam selaku tuan rumah mempertaruhkan 16 pingat emas menerusi dua disiplin – lebuh raya dan basikal bukit (MTB). “Saya tak terperanjat dengan pendirian Vietnam yang menggugurkan acara trek kerana mereka tak mahu keluarkan wang untuk membina velodrom baharu. Saya difahamkan, Korea Selatan bersedia bantu Vietnam bina velodrom baharu, namun ditolak oleh tuan rumah. “Jadi dengan tiadanya acara trek, skuad…

Read More

COVID-19: Tour de France Sah Ditundakan Ke Tarikh Lain

PARIS – Tour de France bakal menjadi satu lagi acara sukan utama yang terkesan akibat wabak Covid-19 apabila pihak penganjur akan berbincang mengenai tarikh baharu untuk kejohanan berbasikal berprestij dunia itu pada Rabu, lapor Xinhua agensi berita. Keputusan itu susulan Presiden Emmanuel Macron pada Isnin mengumumkan melanjutkan tempoh lockdown di Perancis sekurang-kurangnya sehingga 11 Mei. Media tempatan L’Equipe melaporkan perlumbaan yang awalnya dijadual bermula di Nice pada 27 Jun dan berakhir di Paris 19 Julai, mungkin akan ditunda ke 29 Ogos hingga 20 September. Menteri Sukan Perancis, Roxana Maracineanu berkata,…

Read More

Azizulhasni Agih Makanan Kepada ‘Frontliners’ & Gelandangan

KUALA LUMPUR: Jaguh basikal trek negara, Azizulhasni Awang membuktikan dia berjiwa besar apabila berkongsi rezeki dengan mengagihkan makanan kepada petugas barisan hadapan dan gelandangan di bandar Ipoh. Dia yang diberi julukan sebagai ‘The Pocket Rocketman’, berkata ia adalah antara inisiatif kecil dirinya dan keluarga bagi menghulurkan bantuan susulan pandemik COVID-19 yang melanda ketika ini. “Terima kasih kepada @warungmakanipoh yang bekerjasama dengan TeamAzizul untuk menyediakan dan mengagihkan makanan kepada petugas barisan hadapan dan gelandangan di bandar Ipoh. “Sebak apabila melihat warga emas yang kelaparan terutama ada anak kecil yang sudah beberapa…

Read More

Fatehah Wira Berbasikal Negara Mengumumkan Persaraan

KUALA TERENGGANU: Pengumuman persaraan Olimpian negara dalam sukan lumba basikal trek, Fatehah Mustapa turut dirasai pelumba basikal lebuh raya negara, Anuar Manan. Pemenang Jersi Hijau (Raja Pecut) Le Tour de Langkawi (LTdL) 2010 itu berkata, persaraan atlet kelahiran Kuala Berang, Terengganu itu sudah pasti memberi tamparan buat kem negara kerana setakat ini belum ada pelumba wanita negara berjaya sehingga ke tahapnya. Bekas pelumba pasukan Terengganu Inc Cycling Team (TSG) kelahiran Kuala Ibai, Terengganu itu berkata, keputusan diumumkan pelumba berusia 31 tahun itu sudah pasti mengambil kira semua aspek selain memikirkan…

Read More

Atlet Di Melbourne Diminta Mengikut Arahan Di Negara Orang

KUMPULAN atlet Malaysia yang berada di luar negara terutamanya pasukan berbasikal yang kini di Melbourne, Australia diminta mengikut arahan pihak berkuasa di negara terbabit dalam menangani wabak koronavirus baharu (Covid-19). Nasihat itu disuarakan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail yang berharap tiada lagi atlet negara dijangkiti Covid-19 selepas atlet tukul besi negara, Jackie Wong didapati positif virus berkenaan. Antara atlet yang berada di Melbourne ketika ini ialah jaguh berbasikal trek negara, Mohd Azizulhasni Awang, Shah Firdaus Sahrom dan Mohd Fadhil Zonis serta pelumba wanita, Anis Amira…

Read More

Basikal Aerodinamik Sedia ‘Berlepas’ Untuk Tokyo 2020

KERJASAMA Institut Sukan Negara (ISN) dan sebuah syarikat penyelidik Totalsim Ltd berpangkalan di Britain berjaya menghasilkan sebuah basikal trek model WX-R Vortex yang direka khas buat pelumba negara. Menerusi proses penyelidikan dan pembangunan (R&D) sejak tiga tahun lalu penghasilan basikal trek Olimpik itu sebenarnya bernilai lebih daripada RM13 juta. Namun ia boleh didapati di pasaran mengikut syarat yang termaktub oleh Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) dengan harga RM300,000. Pada Majlis Pelancaran Basikal Trek Olimpik di ISN hari ini, Ketua Pegawai Eksekutif ISN, Ahmad Faedzal Ramli berkata, basikal itu direka khas untuk…

Read More

RASMI: Azizulhasni Ke Sukan Olimpik Tokyo 2020

PELUMBA berbasikal trek negara, Mohd Azizulhasni Awang melayakkan diri dalam satu lagi acara lumba basikal di Sukan Olimpik Tokyo 2020 Julai ini selepas memperbaiki kedudukannya dalam ranking dunia Kesatuan Berbasikal Dunia (UCI). Menurut ranking dunia terkini UCI itu yang dikeluarkan laman sesawang mereka www.uci.org, Azizul meningkat lima tempat ke kedudukan kelima terbaik dunia dalam acara pecut individu selepas mengumpul 2,415 mata. ‘The Poket Rocketman’ berusia 32 tahun itu, sebelum ini layak ke Tokyo menerusi acara kegemarannya ‘keirin’ selepas menduduki ranking kedua dunia di belakang juara dunia, Harrie Lavreysen dari Belanda…

Read More

Azizul regains No. 1 spot in keirin

Azizulhasni Awang (pic) received a timely boost to his preparation for the World Track Cycling Championships in Berlin, Germany from Feb 26-March 1 when he regained the top spot in the world keirin rankings. The 2017 world champion Azizul is ranked No. 1 with 2,560 points. Yudai Nitta of Japan, who claimed silver at the world meet in Poland last year, dropped to second spot with 2,551 points. Frenchman Sebastien Vigier is ranked third with 2,347.5 points ahead of another top Japanese rider Yuta Wakimoto (2,333.5). Another Malaysian cyclist Mohd…

Read More