Olimpik Tokyo: Chong Wei Ingin Tuntut Ilmu Dari Norza

KUALA LUMPUR: Datuk Lee Chong Wei mahu menuntut ilmu daripada Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria bagi mempersiapkan dirinya sebagai ketua kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik Tokyo. Bekas jaguh badminton negara itu, berkata banyak yang boleh dipelajarinya daripada Norza berdasarkan pengalaman beliau sebagai Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) selain pernah menjadi ketua kontinjen negara ke Sukan SEA 2015 di Singapura. “Saya akui memang saya tiada pengalaman sebagai ketua kontinjen. Dulu saya atlet sepenuh masa tetapi selepas setahun bersara dilantik sebagai ketua kontinjen ke Olimpik. “Sudah pasti…

Read More

Tokyo 2021: Vaksin COVID-19 Perlu Ada Secepat Mungkin

SUKAR untuk memastikan temasya Sukan Olimpik Tokyo 2021 berjalan lancar jika masih tiada vaksin bagi COVID-19. Pengarah Perubatan Jepun, Yoshitake Yokokura, berharap vaksin yang berkesan bagi merawat COVID-19 dapat dihasilkan secepat mungkin. Bagaimanapun, temasya tersebut masih boleh berjalan lancar sekiranya penularan wabak itu terkawal bukan sahaja di Jepun, malah di seluruh dunia. “Pada pendapat saya, amat sukar untuk mengadakan Sukan Olimpik melainkan terdapat vaksin yang berkesan. “Ia tidak bermakna temasya itu tidak patut diadakan, tetapi pada pendapat saya ia sukar untuk dijalankan melainkan sudah terdapat vaksin menjelang 2021,” katanya dalam…

Read More

Sukan Olimpik Tokyo Mungkin Tidak Akan Berlaku Tahun Depan

SUKAN Olimpik Tokyo mungkin tidak akan berlaku dalam tempoh 15 bulan lagi. Demikian pandangan penganalisis penyakit berjangkit Universiti Kobe, Kentaro Iwata, sambil menyifatkan selagi penularan COVID-19 masih berleluasa di serata dunia, adalah mustahil untuk menganjurkan acara sukan berprestij itu. “Jepun mungkin boleh mengawal penyakit ini sebelum musim panas akan datang dan saya memang berharap kami boleh lakukannya. Tetapi, saya tidak rasa dunia mampu mengawalnya. “Jadi, dalam hal ini, saya sangat pesimis Sukan Olimpik boleh diadakan pada musim panas depan kecuali ia diadakan dalam struktur yang sama sekali berbeza. “Seperti, contohnya,…

Read More

Tarikh Baharu Sukan Olimpik Tokyo Telahpun Ditetapkan

SUKAN Olimpik Tokyo telah dijadualkan semula untuk diadakan dari 23 Julai hingga 8 Ogos 2021, iaitu tepat setahun daripada tarikh asal yang dirancang sebelum ini (24 Julai 2020), kata penganjur ketika mengesahkan perkara itu. Ia diikuti Sukan Paralimpik dari 24 Ogos hingga 5 September 2021. Tarikh baharu itu telah dipersetujui Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC), Jawatankuasa Penganjur Tokyo 2020 dan kerajaan Jepun selepas satu persidangan telefon pada Isnin. Menurut kenyataan IOC, keputusan itu dibuat berdasarkan tiga pertimbangan utama iaitu bagi melindungi kesihatan atlet dan semua orang yang terlibat;…

Read More

Tangguh Majlis Kahwin Demi Sukan Olimpik

KUALA LUMPUR: Penerjun negara, Leong Mun Yee jelas terkena beberapa ‘tempias’ selepas temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 terpaksa ditangguhkan susulan penularan COVID-19. Atlet berusia 35 tahun itu yang akan turun bertanding buat kali kelima pada temasya berprestij itu bukan setakat perlu menunggu untuk ‘terjun kolam’, namun dia perlu turut melupakan sejenak impiannya melangsungkan perkahwinan. Sebelum ini, Mun Yee yang lebih mesra disapa Angela memberi bayangan Tokyo 2020 bakal menjadi medan terakhirnya sebelum dia bersara dan mula memikirkan fasa seterusnya dalam hidup khususnya mengenai perkahwinan. Bagaimanapun, dia tetap lega dengan keputusan…

Read More

Olimpik Tokyo 2020 Sah Ditangguh Selama Setahun

PERDANA Menteri Jepun, Shinzo Abe dan Ketua Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) bersetuju menangguhkan Olimpik Tokyo untuk tempoh setahun. Abe mengumumkan perkara itu kepada wartawan malam Selasa selepas berbincang dengan Presiden IOC, Thomas Bach mengenai penangguhan temasya sukan terbesar dunia itu susulan pandemik Covid-19. “Kami meminta Presiden Bach untuk menimbangkan penangguhan tempoh setahun bagi menjadikan ia temasya yang boleh disertai semua atlet dan bersaing pada tahap terbaik dan menjadikan acara itu selamat serta tidak membahayakan penonton. “Presiden Bach berkata beliau juga bersetuju 100 peratus,” katanya. Tokyo sudah melengkapkan persiapan untuk temasya tersebut…

Read More

Kanada SAH Menarik Diri Dari Penyertaan Sukan Olimpik 2020

ONTARIO – Kanada merupakan negara pertama menarik diri daripada penyertaan temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 dan Sukan Paralimpik Julai tahun ini. Pengumuman itu menyusul sejurus selepas Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe kali pertama mengakui temasya terbesar dunia itu berkemungkinan ditangguhkan ekoran ancaman pandemik Covid-19. Sementara itu, Kontinjen Olimpik dari Australia juga berpendirian jelas temasya berprestij itu tidak harus diteruskan dan meminta para atletnya untuk bersiap menghadapi Sukan 2021. Olimpik Tokyo dijadualkan berlangsung bermula 24 Julai ini dan terdahulu Abe pernah menegaskan sukan terbesar dunia itu akan dipastikan berlangsung namun mula…

Read More

Obor Olimpik Selamat Mendarat Di Tokyo

TOKYO – Obor Olimpik tiba di Jepun pada Jumaat di tengah-tengah kebimbangan wabak koronavirus (Covid-19), berbaki empat bulan lagi untuk penganjuran temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020, lapor agensi berita Xinhua. Tokyo 2020 Go, pesawat sewa khas yang membawa obor itu mendarat di Pangkalan Tentera Udara Jepun di Matsushima, wilayah Miyagi pada Jumaat. Majlis menyambut obor itu yang sepatutnya diadakan pada Jumaat pagi dibatalkan. Obor itu akan dipertontonkan di tiga wilayah di utara negara itu yang pernah dilanda gempa bumi dan tsunami pada 2011, sebelum bermulanya acara larian obor pada 26…

Read More

Kelayakan Olimpik Bagi Sukan Badminton Sah Dibatalkan

LONDON: Lima kejohanan terakhir untuk tempoh kelayakan Olimpik Tokyo dibatalkan kerana pandemik COVID-19, kata Persekutuan Badminton Dunia (BWF) hari ini. Terbuka All England yang berlangsung dari 11-15 Mac adalah acara terakhir dikira untuk kelayakan Olimpik dengan ranking pada penghujung April akan menentukan pemain yang layak beraksi pada temasya Tokyo. BWF berdepan kritikan hebat kerana meneruskan saingan di Birmingham itu sebelum menggantung semua kejohanan hingga 12 April kerana penularan wabak berkenaan. Saingan Antarabangsa Croatia, Antarabangsa Peru, Kejohanan Eropah, Kejohanan Asia dan Pan Am Individual Championships dekat Guatemala City adalah kejohanan pada…

Read More

Olimpik Tokyo Tetap Diteruskan Mengikut Jadual Asal

JAWATANKUASA Olimpik Antarabangsa (IOC) tidak bercadang mengambil sebarang keputusan drastik berhubung penganjuran Sukan Olimpik Tokyo 2020 dengan badan induk itu tetap komited untuk memastikan temasya berkenaan berlangsung mengikut jadual yang ditetapkan biarpun dunia diselubungi penularan wabak koronavirus. Susulan perbincangan dilakukan bersama persekutuan sukan antarabangsa IOC berkata perubahan perlu dilakukan mengenai proses kelayakan susulan impak daripada wabak berkenaan. Bagaimanapun, temasya terbesar dunia itu tetap akan berlangsung mengikut jadual asal bermula 24 Julai hingga 9 Ogos. “IOC kekal komited terhadap penganjuran Sukan Olimpik Tokyo 2020 dan berbaki empat bulan lagi sebelum temasya…

Read More