PBP Harapkan 15 Atlet Muda Untuk Memburu Pingat SUKMA

PERSATUAN Berbasikal Pahang (PBP) kini meletakan sandaran dibahu 15 atlet muda yang akan bersaing memburu pingat dalam lebih 20 acara yang dipertandingkan pada saingan Sukan Malaysia (Sukma) Johor 2020 tahun depan.

Presiden PBP Asri Abd Mubin berkata, sandaran utama pingat emas diarahkan kepada atlet berpengalaman yang juga pemenang pingat perak di Sukma Perak 2016, Vanessa Suhana Zaidi dalam acara basikal gunung disiplin ‘downhill’.

Menurutnya, bukan atlet berkenaan (Vanessa Suhana) sahaja dilihat mampu meraih pingat malah beberapa rakanya dalam acara disiplin ‘rentas desa olimpik’ (XCO) termasuk lebuh raya turut mempunyai peluang yang sama.

Katanya, latihan yang dilakukan secara berterusan selain menyertai pertandingan sepanjang tahun menjadi gelanggang pendedahan kepada setiap atlet yang kini dilihat mampu memberi cabaran di peringkat kebangsaan.

“Dalam acara trek sandaran diletakkan pada atlet adik beradik Yong Ann Yie dan Yong Ann Tong yang kini sedang menjalani program latihan bersama Majlia Sukan Negara (MSN), kebolehan mereka boleh mencetuskan kejayaan kepada pasukan.

“Walaupun kebanyakan atlet berbasikal Pahang masih muda dan kali pertama menyertai Sukma namun semangat yang ditunjukkan begitu membanggakan, mereka berjanji untuk memberi persembahan yang terbaik,” katanya, di sini hari ini.

Beliau menambah, PBP kini menggunakan khidmat dua jurulatih iaitu Suhaimi Sarip dan Yoga Anugraha untuk membimbing atlet muda dalam acara lebuh raya dan basikal bukit, kejayaan atlet diperingkat kebangsaan sudah banyak dicapai.

Asri berkata, berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang panjang menyebabkan sesi latihan tidak dapat diadakan, atlet hanya melakukan latihan di rumah.Jurulatih memantau dengan cara melihat rakaman video dan gambar yang mereka hantar.

WhatsApp chat