Kelayakan Trek & Balapan Sukan Olimpik Ditangguhkan

PERSEKUTUAN Olahraga Dunia (WA) mengumumkan kelayakan trek dan balapan Sukan Olimpik Tokyo tahun depan ditangguhkan sehingga 1 Disember berikutan pandemik Covid-19.

Temasya itu sudah ditunda daripada musim panas tahun ini kepada tahun depan akibat penularan wabak berkenaan.

“Pada tempoh sekarang ia lebih kepada untuk membolehkan atlet membuat perancangan dan persiapan. Ia adalah cara paling terbaik bagi keadilan semua pihak.

“Saingan di seluruh dunia dalam mana-mana kejohanan akan menjadi tidak sekata berikutan perjalanan antarabangsa dan peraturan sekatan masuk serta keluar sempadan,” kata Presiden WA, Sebastian Coe.

Atlet yang sudah melayakkan diri akan kekal dapat beraksi secara automatik di Tokyo tatkala temasya berkenaan berlangsung dari 23 Julai hingga 8 Ogos tahun depan.

Tarikh akhir untuk maraton dan 50 kilometer jalan kaki ditetapkan pada 31 Mei 2021, manala acara lain ialah 29 Jun.

Ranking dunia WA juga dibekukan dan sainga musim ini akan dimulakan pada Jun namun segala keputusan sebelum bermulanya tempoh kelayakan tidak dikira.

WhatsApp chat