Daria Tetap ‘Mesra’ Dengan Raket Walaupun Di Rumah

DARIA Kasatkina mungkin tidak dilihat kerap berada di gelanggang tenis ketika ini tapi pemain berusia 22 tahun itu tetapi ‘rapat’ dengan raketnya ketika musim Jelajah WTA ditangguhkan.

Pemain tenis Russia itu meraih gelaran naib juara di Indian Wells pada 2018 dan mara ke suku akhir Terbuka Perancis selain Wimbledon pada tahun sama.

Dia dilihat mendaki ranking musim ini selepas kempen 2019 yang menakjubkan tetapi tetap menghabiskan sebahagian besar masa di rumah berikutan pandemik Covid-19.

Daria sekurang-kurang duduk cukup ‘rapat’ dalam tempoh perintah berkurung bersama peralatan tenisnya, dia memaparkan video menarik di pangsapurinya kepada 129,000 pengikut Instagram semalam.

Melontarkan senyuman, Daria kelihatan memberus gigi di samping raket, sebelum ditemani raket kesayangan ketika bersarapan pagi di meja makan sambil menuangkan air di dalam cawan dan menyediakan roti bakar dengan slogan ‘Bersatu dengan penuh makna.’

Dia turut memeluk dan mengusap, menyelimutkan raketnya yang turut menemani bintang tenis itu tidur di atas katil.

Video pendek itu digambarkan oleh Daria sebagai satu cara bagaimana mereka meluangkan masa bersama ketika ini kata bekas bintang 10 teratas itu ketika di penghujung rakaman.

Sambil mengakhirinya dengan menyatakan hari yang lengkap dalam tempoh perintah berkurung, hari lain yang semakin hampir untuk menyertai semula kejohanan.

WhatsApp chat