COVID-19: PSG Jual Jersi (Semua Bersatu) Demi Kutip Dana

PARIS: Paris St Germain mengutip lebih 200,000 euro (RM953,438) untuk golongan profesional kesihatan dalam menangani penularan coronavirus (COVID-19) menerusi penjualan jersi edisi terhad pasukan itu, kata juara Ligue 1 itu.

Jersi berkenaan ialah replika kepada apa yang dipakai PSG ketika ini tetapi memiliki tulisn ‘Tous Unis’ (Semua Bersatu) diletakkan di tempat logo penaja utama di depan.

Kelab berkenaan mengsahkan menerusi Twitter bahawa mereka sudah menjual 1,500 helai jersi berkenaan menerusi kedai dalam talian malam tadi dengan semua wang akan disumbangkan kepada Assistance Publique Hopitaux de Paris.

“Kami amat bersyukur kerana usaha berani dan menakjubkan kakitangan kesihatan yang setiap hari berdepan dengan kecemasan ini,” kata Presiden PSG, Nasser al-Khelaifi.

Lebih daripada 25,000 orang di Perancis dijangkiti virus terbabit sementara 1,300 lagi meninggal dunia menurut kiraan Reuters. – Reuters

WhatsApp chat