Juventus Terdesak Untuk Mengekalkan CR7 Dalam Skuad

KONTRAK Cristiano Ronaldo bersama Juventus bakal berakhir pada Jun 2022.

Juventus berharap dapat memujuk bekas pemain Manchester United dan Real Madrid untuk kekal berada di Turin.

Menurut laporan Tuttosport, Juventus kelihatan terdesak tidak mahu hilang pemain aset itu dan percaya Ronaldo boleh dipujuk dengan lebih banyak keputusan baik dan gaji.

Sebelum ini, Ronaldo menandatangani kontrak dengan gaji 50,000 paun seminggu (RM 264,740) dan dia menjadi watak penting dalam perlawanan untuk kelab.

Malah dia juga diharap untuk membantu Juventus dalam percubaan merangkul trofi Liga Juara-Juara.

Ronaldo yang menyambut kelahiran ke-35 tahun Februari lalu terus mencatat nama di Itali dengan jaringan golnya.

Bintang antarabangsa Portugal itu telah merakam 25 gol dalam 32 penampilan termasuk 21 aksi dalam Serie A.

Dalam masa sama laporan turut mendedahkan bahawa Juventus bakal mencari seorang lagi pemain untuk digandingkan dengan Ronaldo di barisan hadapan.

WhatsApp chat