FORMULA 1: Acara F1 Australia Sah Dibatal Akibat COVID-19

PUSINGAN pertama Grand Prix Formula Satu (F1) yang membuka tirai di Australia terpaksa dibatalkan susulan Covid-19.

F1 bersama badan induk pemotoran dunia, Persekutuan Automobil Antarabnagsa (FIA) mengesahkan bahawa salah seorang staf McLaren Racing Team diuji positif Covid-19.

“Pasukan mengambil keputusan untuk menarik diri daripada Grand Prix F1 Australia.

“Formual 1 dan FIA mengambil kira pandangan majoriti bahawa perlumbaan tidak diteruskan.

“Formula 1 dan FIA memberi penuh sokongan kepada Australia Grand Prix Corporation (AGPCF) membuat keputusan bahawa semua aktiviti Formula 1 Australia dibatalkan.

“Kami akui berita ini sangat mengecewakan ribuan peminat F1 yang mahu hadir menyaksikan perlumbaan dan pemegang tiket akan menerima pembayaran balik sepenuhnya.”

WhatsApp chat