Minamino Seharusnya Perlu Lebih Diberi Perhatian

JURGEN Klopp berkata, pemain Liverpool sepatutnya menghantar bola dengan lebih kerap kepada Takumi Minamino pada pusingan kelima Piala FA yang menyaksikan mereka tewas kepada Chelsea.

The Reds tersingkir dari kejohanan selepas tewas 0-2 kepada The Blues di Stamford Bridge semalam dengan tuan rumah menjaringkan gol menerusi Willian dan Ross Barkley.

Kekalahan itu yang ketiga daripada empat perlawanan terakhir Liverpool dalam kejohanan berbeza.

Minamino tampil kali keenam bersama Reds dan ketiga dalam kesebelasan utama sejak tiba dari Red Bull Salzburg pada Januari lalu dan Klopp berkata dia teruja dengan prestasi pemain Jepun itu di Stamford Bridge walaupun dia sepatutnya digunakan sepenuhnya oleh rakan sepasukan.

“Takumi beraksi dengan sangat baik. Kami sepatutnya menggunakan dia dengan lebih kerap,” kata Klopp kepada wartawan selepas tamat perlawanan.

“Jika Neco (Williams) nampak dia sekali atau lebih ketika dia tidak dikawal di penghujung kotak penalti, dia sepatutnya menghantar bola kepadanya dan ini boleh membantu.”

Klopp turut kecewa dengan kekalahan itu walapun tidak sepenuhnya terkejut berdasarkan corak perlawanan.

“Kalah 0-2 memang sukar tetapi mudah sahaja untuk dijelaskan. Kami melakukan dia kesilapan di sekitar gawang.”

WhatsApp chat