Ronaldo Diyakini Mampu Memecahkan Rekod Pele

BEKASĀ pemain pertahanan Manchester United, Gary Neville percaya Cristiano Ronaldo bercadang mengatasi rekod dipegang pemain legenda, Pele.

Kata Neville, dia membuat andaian itu selepas enam tahun bermain bersama Ronaldo di Old Trafford.

“Saya rasa dia ada rancangan untuk kalahkan rekod Pele.

“Saya memang percaya hal itu, itu juga yang ada dalam fikirannya.

“Dia mahu jadi yang terbaik sepanjang zaman. Itulah misi utamanya,” ujar Neville.

Ronaldo sehingga kini menjaring 626 gol dalam 838 perlawanan termasuklah bersama Manchester United, Real Madrid dan Juventus.

Pele pula memegang rekod 650 gol dalam 694 jaringan.

Jika dicampur rekod perlawanan persahabatan tidak rasmi, dia mempunyai rekod 1281 jaringan menerusi 1363 kemunculan.

WhatsApp chat