Aguero Yakin Messi Akan Kekal Bersama Barcelona

Sergio Aguero yakin bahawa Lionel Messi akan terus kekal bersama Barcelona walau apa jua perkara yang berlaku disebabkan pandemik koronavirus.

Messi dan rakan sepasukannya di Barcelona bersetuju membuat pemotongan gaji sebanyak 70 peratus namun mendakwa perbuatan tersebut dibuat atas desakan pemilik kelab.

Legenda Argentina itu menghabiskan seluruh kareer bola sepaknya di Barcelona dan masih dalam perbincangan untuk menandatangani kontrak baharu.

Meskipun terdapat ura-ura bahawa Messi bakal meninggalkan Barcelona, bintang Manchester City, Sergio Aguero memberi bayangan bahawa perkara tersebut tidak akan berlaku.

“Leo (Messi) merupakan simbol dan legenda di Barcelona.

“Semenjak di berada di Barcelona, sebanyak 20,000 pemain datang dan pergi namun Messi tetap berada di situ.

“Dia mempunyai banyak pilihan tetapi dia tetap setia kepada kelab yang berpangkalan di Catalunya itu.

“Ini bukan disebabkan gaji yang ditawarkan tetapi lebih kepada rasa sayang akan kelab tersebut,” ujar Aguero kepada El Chringuito.

Aguero yang merupakan rakan sepasukan Messi di Argentina memberitahu bahawa Messi sentiasa gembira untuk beraksi buat Barcelona.

Messi yang menjangkau usia 33 tahun dijangka akan memperbaharui kontraknya yang akan tamat pada musim hadapan.

WhatsApp chat