Son Heung-min Memulakan Latihan Ketenteraan Di Korea Selatan

BINTANG Tottenham Hotspur, Son Heung-min dilaporkan telah memulakan latihan ketenteraan selama tiga minggu di Korea Selatan.

Son melakukan latihan asas di bawah kendalian Tentera Marin di Pulau Jeju.Penyerang 27 tahun itu yang menamatkan tempoh kuarantin selama 14 selepas pulang dari kota London telah mendapat arahan undang-undang untuk menjalani latihan ketenteraan tersebut.

Berikutan berjaya mengutip pingat emas pada Sukan Asia 2018 tempoh hari, Son hanya perlu menjalani latihan selama 3 minggu berbanding tempoh sebenar, 21 bulan.

Son mengambil kesempatan penangguhan perlawanan EPL disebabkan penularan Covid-19 dengan menghabiskan latihan 3 minggu tersebut di Korea Selatan.

Dia dijangka akan kembali semula ke pangkuan kelab pada pertengahan Mei.

Dalam latihan ketenteraan tersebut, Son akan didedahkan dengan penggunaan gas pemedih mata, menjalani pendakian serta dilatih untuk menggunakan senjata api.

WhatsApp chat