Chong Wei Tabik Dr Noor Hisham Dalam Memerangi COVID-19

KUALA LUMPUR: Datuk Lee Chong Wei menyifatkan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah sebagai ‘commander in chief’ negara dalam memerangi pandemik COVID-19.

Bekas jaguh badminton negara itu, berkata rakyat Malaysia pastinya akan menunggu sidang media daripada wira negara itu setiap hari bagi mengetahui perkembangan terkini mengenai penularan wabak berkenaan.

“Pada masa sekarang di mana rakyat dalam keadaan gelisah dan risau, kelihatan wajah seorang wira di kaca televisyen setiap pukul 5 (petang) amat menyamankan.

“Dia bukan Melayu, dia bukan Cina, dia bukan India, bukan Kadazan Dusun, bukan Iban, dia bangsa Malaysia. Dia wira Malaysia, dialah ‘commander in chief’ kita dalam perang lawan virus. Dialah Dr Noor Hisham,” kata Chong Wei menerusi hantaran di Facebook miliknya, hari ini.

Menerusi hantaran sama, Chong Wei yang juga pemenang pingat perak Olimpik tiga kali turut mengucapkan selamat ulang tahun kelahiran yang ke-57 hari ini.

“Selamat hari jadi Dr. Semoga sihat dan panjang umur. Kami semua rakyat Malaysia sayangkan anda dan akan mematuhi semua arahan anda,” katanya.

WhatsApp chat