Dybala & Teman Wanitanya Disahkan Positif Koronavirus

PAULO Dybala memberitahu dia dan teman wanitanya Oriana Sabatini berada dalam keadaan baik selepas empat hari mendedahkan dirinya positif Covid-19.

Penyerang berusia 26 tahun itu mendedahkan dia dijangkiti virus berbahaya, namun tidak patah semangat dan pasangan itu menjalani kuarantin di rumah.

Dybala menulis status di Instagram ‘estamos bien’ (kami okay) bersama sekeping gambarnya.

Juventus menjadi kelab pertama di Itali yang menyaksikan pemainnya Daniele Rugani dan  Blaise Matuidi positif Covid-19.

Manakala Dybala menjadi pemain ketiga disahkan positif.

Itali menjadi negara paling teruk dijangkiti wabak Covid-19 dengan 74,000 kes dicatat.

Manakala lebih 7,500 maut akibat virus ni.

Juventus kini mendahului kedudukan Series A selepas 26 perlawanan, diikuti Lazio dan Inter Milan.

WhatsApp chat