Bersabar & Kekal Positif Dengan Ujian: Nicol David

BEKAS pemain skuasy nombor satu dunia, Datuk Nicol Ann David menasihatkan orang ramai kekal sabar dan berfikir positif selepas negara diuji dengan penularan wabak Covid-19.

Kerajaan menerusi Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam mengumumkan tempoh lanjutan perintah kawalan pergerakan (PKP) selama dua minggu lagi iaitu sehingga 14 April ini.

Menerusi facebooknya Nicol juara dunia lapan kali kelahiran Pulau Pinang mencatat : dengan MCO yang dilanjut sehingga 14 April ini, saya mahu menggalakkan semua orang untuk kekal positif.

Mari sama-sama kuat dan memberi galakan kepada antara satu sama lain disamping paparan videonya.

Nicol pernah dinobatkan sebagai Pemain Wanita Terbaik Sepanjang Zaman melalui satu undian yang dikeluarkan oleh Persatuan Skuasy Profesional (PSA) 2018.

WhatsApp chat