Ada Kemungkinan Jesse Lingard Akan Dijual Oleh Man United

JESSE Lingard dijangka dijual oleh pasukannya pada musim panas selepas tidak lagi mendapat kepercayaan  jurulatihnya, Ole Gunnar Solskjaer.

Semenjak ketibaan Bruno Fernandes pada Januari dan kemasukan Odion Ighalo secara pinjaman, pemain Manchester United itu tidak lagi duturunkan dalam kesebelasan utama.an  jurulatihnya, Ole Gunnar Solskjaer.

Ini bermakna, Lingard hanya bermain untuk perlawanan yang kurang penting seperti bertemu Derby County dalam saingan Piala FA.

Pemain kebangsaan England yang mempunyai kontrak sehingga 2021 juga telah melantik Mino Raiola sebagai agen baharunya.

Manchester United dalam perancangan untuk membawa masuk sekurang-kurangnya salah seorang daripada tiga pemain antaranya Jadon Sancho, Jack Grealish dan James Maddison.

Selain itu, Pogba juga dikaitkan dengan perpindahan ke Real Madrid atau kembali ke kelab lamanya yang berpangkalan di Turin iaitu Juventus.

WhatsApp chat