Selangor VS Perak: Bukit Jalil Jadi Venue Home “Red Gaints”

Isu stadium Shah Alam sebagai venue perlawanan Selangor telah menjadi isu yang digariskan pada pra musim lagi. Ini kerana Stadium Shah Alam diragui tahap keselamatannya.

Sebentar tadi, FAS telah mengumumkan bahawa, Stadium Nasional Bukit Jalil akan menjadi venue perlawanan Selangor berhadapan dengan Perak.

Berikut addalah kenyataan media oleh FAS.

PENGUMUMAN STADIUM NASIONAL SEBAGAI VENUE HOME PERLAWANAN LIGA SUPER 2020 MENENTANG PERAK TBG

“Setelah meneliti pelbagai faktor dan mengutamakan aspek keselamatan penyokong dan pemain, FAS telah mengambil keputusan untuk menukar venue perlawanan home pertama Selangor musim ini dari Stadium Shah Alam ke Stadium Nasional Bukit Jalil.

Buat masa ini, keputusan ini hanyalah untuk perlawanan Home pertama Selangor. Kami akan meneruskan usaha-usaha yang perlu dilakukan di Stadium Shah Alam demi memastikan ia selamat untuk digunakan bagi perlawanan home seterusnya menentang pasukan Sarawak United pada pertengahan bulan Mac.

Dalam pada itu, FA Selangor bersama-sama DEFM dan Kerajaan Negeri Selangor juga sedang mengatur strategi jangka masa pendek dan panjang demi memastikan perkara ini tidak akan berlaku lagi pada masa akan datang.

Kami ingin memohon maaf jika perubahan venue ini menggangu rancangan yang telah dibuat, namun komited untuk mengembalikan venue perlawanan home kembali ke Stadium Shah Alam dalam masa terdekat.

Kami juga akan memberikan maklumat terkini dan perkembangan terbaru mengenai status terbaru Stadium Shah Alam dan perjalanan perlawanan bagi pemegang pas bermusim dan info penyokong di Stadium Bukit Jalil dalam masa beberapa hari lagi.

Segala kesulitan amatlah dikesali.

Harap maklum.”

Jadi, diharap para penyokong Selangor memberitahu hebahan ini kepada rakan rakan yang lain.

WhatsApp chat