Mat Don Berjaya Menyesuaikan Diri Dengan Pasukan

Selepas empat bulan bersama JDT, Liridon Krasniqi mengakui beliau
berdepan kesukaran untuk menyesuaikan diri. Namun, beliau berjaya
mengatasi kelemahan tersebut.

“Pada mulanya saya ada sedikit isu untuk menyesuaikan diri,” kata pemain berusia 27 tahun itu kepada Football Tribe.

“Saya hanya perlu belajar dan saya jenis pemain yang belajar dengan cepat.

“Saya ada barisan jurulatih yang bagus, dan saya seseorang yang boleh dilatih dengan baik.

“Sekarang ini saya mempunyai persefahaman yang baik dan dapat
menyesuaikan dengan taktik pasukan jadi semua dalam keadaan baik. Dan
saya harap dapat belajar lebih banyak pada masa akan datang.”

Liridon juga menganggap persaingan sengit di posisi tengah merupakan cabaran yang sihat.

“Persaingan adalah penting dalam bolasepak. Saya bangga apabila JDT
satu-satunya pasukan yang boleh membariskan dua pasukan berbeza kerana
mempunyai ramai pemain berkualiti.

“Saya tak pernah bermain dengan pasukan seperti JDT sebelum ini jadi persaingan adalah sesuatu yang saya perlu terima.”

Menjelang perlawanan Piala Sumbangsih 2020, Liridon berharap dapat memulakan musim baharu dengan kemenangan.

“Saya tidak mahu memikirkan kekuatan Kedah, sebaliknya saya mahu
fokus kepada diri saya sendiri bersama JDT untuk membuat persiapan rapi.
Seperti kita tahu Kedah merupakan pasukan yang boleh beri tentangan
kepada sesiapa sahaja namun kami akan bersedia menghadapinya.”

WhatsApp chat