Bilangan Jangkitan Meningkat, EPL Tunda Hingga 4 April

LONDON: Liga Perdana Inggeris menangguhkan semua perlawanan sehingga 4 April selepas pengendali Arsenal, Mikel Arteta dan pemain sayap Chelsea, Callum Hudson-Odoi didapati positif COVID-19.

“Susulan mesyuarat dengan pemegang taruh hari ini, keputusan dicapai untuk menangguhkan Liga Perdana sehingga 4 April, bergantung kepada situasi semasa ketika itu,” kata Liga Perdana dalam satu kenyataan hari ini.

Everton turut mengumumkan seluruh skuad utama dan barisan jurulatih diminta mengasingkan diri selepas salah seorang pemain dilaporkan mempunyai simptom COVID-19.

Tiga pemain Leicester City turut mengasingkan diri pada Khamis dan Bournemouth berkata penjaga golnya Artur Boruc dan empat kakitangan juga perlu menjalani pengasingan.

“Kami mendoakan Mikel Arteta dan Callum Hudson-Odoi segera sembuh, dan semua yang dijangkiti COVID-19,” kata ketua eksekutif Liga Perdana Richard Masters.

WhatsApp chat