Nurul Syazhera Kongsi Ilmu Memanah Kepada Atlet SUKMA

PENGALAMAN yang dimiliki selama empat tahun bersama pasukan memanah negara di pentas antarabangsa kini semakin rancak dikongsi dengan atlet muda yang mula melangkah di arena kebangsaan. Menurut pemanah compound negara, Nurul Syazhera Mohd Asmi, dia mula berjinak dengan bidang kejurulatihan sejak tiga tahun lalu selepas mendapat tawaran Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) untuk melatih atlet Sukan Malaysia (Sukma) negeri berkenaan. Katanya, dia dipertanggungjawabkan sepenuhnya untuk melatih 12 pemanah compound Terengganu yang akan bersaing pada Sukma Johor 2020 tahun depan, disamping memantau seramai 22 atlet lain. “Saya seronok dengan tugas berkenaan…

Read More

“Apa Sahaja Boleh Berlaku Pada Hari Pertandingan”

BIAR siapa pun pencabar dalam acara pecut, tumpuan tidak seharusnya terarah hanya kepada raja pecut Asia Tenggara, Haiqal Hanafi ataupun kepada Usin Bolt Malaysia, Muhammad Azeem Mohd Fahmi pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) Johor, tahun depan. Jurulatih Azeem, Muhammad Amir Izwan Tan Abdullah berkata, apa sahaja mungkin berlaku pada hari pertandingan yang mana mungkin ada pelari baru muncul menggegarkan trek ketika tumpuan ramai terarah pada Haiqal dan Azeem. Bagi Amir dia mahu Azeem terus kekal fokus dan buat yang terbaik seterusnya terima apa sahaja keputusan pada hari pertandingan itu. “Sebenarnya…

Read More

Pasukan Terengganu Optimis Kekalkan Gelaran Juara SUKMA

JUARA bertahan,Terengganu masih berada pada landasan tepat untuk mengekalkan status itu pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) 2020 yang bakal berlangsung dari 6 hingga 14 Mac tahun depan di Johor. Keyakinan dan harapan tinggi itu disuarakan Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT), Ibni Amin Busu yang percaya walaupun tarikh kejohanan itu ditunda, ia tidak menghalang barisan atlet untuk mempertahankan gelaran. Beliau berkata, tempoh berkenaan adalah mencukupi buat atlet untuk bersedia sebelum bertempur dalam kejohanan edisi ke-20 itu. Katanya, atlet Terengganu masih bersemangat untuk melakar kejayaan sebagaimana Sukma di Perak pada 2018…

Read More

SUKMA 2020 Sah Ditangguhkan Demi Jaga Keselamatan

Temasya Sukan Malaysia (Sukma) 2020 di Johor telah ditangguhkan ke satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian ekoran penularan wabak koronavirus (Covid-19) yang melanda negara ketika ini. Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, keputusan itu dibuat selepas beliau mempengerusikan Mesyuarat Khas Jawatankuasa Tertinggi Sukma menerusi sidang video hari ini. “Jawatankuasa Tertinggi Sukma telah membuat keputusan ini dengan mengambil kira aspek yang paling utama iaitu keselamatan dan kesihatan atlet-atlet, jurulatih, pegawai dan semua yang terlibat dalam temasya tersebut,” katanya dalam satu kenyataan. Beliau memberitahu, jawatankuasa tersebut juga…

Read More

Status SUKMA Johor Akan Ditentukan Minggu Depan

KEPUTUSAN sama ada penganjuran temasya dwitahunan Sukan Malaysia (SUKMA) XX Johor 2020 yang dijadual berlangsung Julai ini akan diteruskan atau tidak akan diputuskan pada Mesyuarat Jawatankuasa SUKMA minggu hadapan. Pengerusi Pelancongan, Belia dan Sukan Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata keputusan muktamad akan diperoleh pada mesyuarat dipengerusikan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican. “Kerajaan Johor mengambil maklum dengan situasi semasa penularan wabak coranavirus (COVID-19) yang semakin membimbangkan. “Oleh itu, penganjuran SUKMA Johor 2020 akan diputuskan pada Mesyuarat Jawatankuasa SUKMA yang dipengerusikan Menteri Belia dan Sukan dalam…

Read More

COVID-19: SUKMA Johor 2020 Tetap Diteruskan

TARIKH penganjuran temasya Sukan Malaysia (Sukma) 2020 di Johor kekal seperti yang dijadualkan pada Julai depan biarpun berdepan ancaman wabak koronavirus (COVID-19). Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad berkata, setakat ini tiada sebarang perubahan atau penangguhan jadual penganjuran temasya sukan dwi-tahunan itu. Namun, beliau sedia mengadakan pertemuan dengan Menteri Belia dan Sukan yang baharu, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican bagi membincangkan penganjuran Sukma dan kesan penularan COVID-19. “Pada masa ini, tiada sebab Sukma ditangguhkan kerana penganjuran sukan itu berjalan mengikut jadual yang ditetapkan pada Julai depan. “Saya yakin penganjuran…

Read More