Lokasi final Liga Juara-Juara ditukar dari Istanbul ke Porto

Final Liga Juara-Juara antara Chelsea dan Manchester City pada 29 Mei akan berlangsung di Portugal dengan 6,000 peminat dari setiap kelab dibenarkan hadir. Permainan ini telah dipindahkan dari Turki ke bandar Porto di Portugal kerana sekatan coronavirus.

“Kami terima keputusan kerajaan Britain yang menyenaraikan Turki sebagai merah untuk dikunjungi dengan hati terbuka bagi melindungi masyarakat daripada dijangkiti virus selain ia juga cabaran menganjurkan final antara dua kelab Inggeris,” kata Presiden UEFA, Aleksander Ceferin dalam kenyataannya.

WhatsApp chat