United Intai ‘Wonderkid’ 16 Tahun, Joe Hugill

LIGA bola sepak dunia terpaksa ditangguhkan berikutan penularan pandemik Covid-19.

Liga tidak berlangsung bermakna semua pemain bola sepak juga berehat di rumah dan hanya menjalani latihan ringan sendirian.

Namun ia tidak bermakna pengendali pasukan turut berehat, sebaliknya dalam tempoh ini segelintir daripadanya sedang memerhati pemain yang berada dalam radar untuk dibeli.

Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer tidak melepaskan peluang itu memantau pemain berbakat untuk diisi dalam skuadnya sekaligus memantapkan barisan pemain sebaik sahaja musim kembali bermula.

Kali ini pemain muda menjadi idaman pengendali kelahiran Norway ini.

Joe Hugill

Pemain remaja berusia 16 tahun ini akhirnya menjadi milik The Red Devils apabila bersetuju membayar 250,000 paun (RM1.3 juta) kontrak perjanjian kepada Sunderland.

Hugill merupakan pemain Sunderland yang diberi jolokan ‘wonderkid’ kerana dilihat mempunyai bakat hasil asahan program ‘Academy of Light’ yang dikendalikan oleh Jordan Pickford, Josh Maja dan Conor Hourihane.

Biarpun masih muda, Hugill berjaya menempatkan diri dalam skuad Bawah 23 Tahun Sunderland selepas cemerlang bersama pasukan Bawah 18 Tahun.

Salah satu kelebihannya adalah memiliki ciri-ciri fizikal yang lebih tinggi berbanding remaja seusia dengannya.

Bermain posisi penyerang, dengan kelebihan tendangan kaki kirinya, ternyata kelibatnya menjadi tarikan kelab-kelab lain yang mahukan pemain muda berbakat.

Malah jurulatihnya yakin Hugill mempunyai potensi besar, namun tidak mahu menekannya terlalu cepat.

Manakala Solskjaer sudah mula berbincang dengan Sunderland sejak Mac lalu sebelum mendapat bersetuju mengikat kontrak bersama pemain ini.

Bagaimanapun, Hugill terpaksa menunggu arahan lockdown ini berakhir sebelum menjalani pemeriksaan kesihatan untuk ke Old Traffrod.

Solskjaer antara pengurus yang memilih strategi membeli pemain muda yang berpotensi untuk memantapkan pasukannya.

WhatsApp chat