“Hanya Ferrari Yang Mampu Membayar Gaji Hamilton”

LEWIS Hamilton dilaporkan bakal berhijrah ke Ferrari menggantikan tempat Sebastian Vettel yang dilaporkan akan berpindah ke McLaren.

Sebelum ini, juara dunia itu seringkali menafikan ura-ura bahawa dia akan menyertai jentera Ferrari dengan memberitahu tiada sebab untuk dia berbuat demikian.

Dalam sebuah posting di Instagram pada bulan lalu, Hamilton mengeluarkan kenyataan bagi menafikan spekulasinya yang akan menyertai ke pasukan di Itali tersebut.

“Pertama, saya tidak pernah terfikir untuk menyertai pasukan lain dengan pasukan saya buat masa ini merupakan yang terbaik.

“Kedua, tidak ada sebab untuk saya berpindah ke pasukan lain. Saya bersama pasukan yang sangat mengambil berat tentang saya. Kami adalah yang terbaik @mercedesamgf1,” ujar menerusi sebuah posting di Instagram yang telahpun dipadam.

Sementara itu, juara dunia sebanyak empat kali, Sebastian Vettel, ternyata sukar untuk mengembalikan rentak cemerlangnya di Ferrari sekaligus menghangatkan lagi spekulasi penghijarahannya.

Namun, bekas pengarah F1, Eddie Jordan, yakin bahawa Vettel bakal menyertai McLaren bagi musim 2021 ini.

“Pada pendapat saya, dia (Vettel) hanya mempunyai dua pilihan sama ada bersara atau pindah ke McLaren.

“Prestasinya tidak seperti apa yang diiginkan oleh pasukan Ferrari.

“Lagipun, hanya Ferrari sahaja yang mampu membayar gaji Hamilton yang tinggi,” ujarnya kepada F1-insider.com

WhatsApp chat