Latihan Bola Sepak Sepanyol Dibenarkan Bermula Isnin Depan

PERDANA Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez, berkata aktiviti bola sepak di negara itu dibenarkan untuk bersambung bermula dengan latihan individu bersama kelab masing-masing bermula Isnin depan.

LaLiga musim ini digantung sejak 23 Mac lalu berikutan pandemik COVID-19, di mana Sepanyol turut melancarkan perintah berkurung di seluruh negara.

Larangan itu akan dilonggarkan dan Sanchez mengumumkan semalam bahawa pemain akan dibenarkan untuk menjalani latihan secara bersendirian di fasiliti kelab masing-masing bermula minggu depan.

Perdana Menteri itu menambah bahawa latihan secara berkumpulan masih dilarang sehingga 18 Mei ini.

Masih tiada pengumuman sama ada liga musim ini akan bersambung atau tidak dengan terdapat cadangan untuk ia disambungkan pada Jun depan, di sebalik amaran yang diberikan Ketua Perubatan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa(FIFA), Michel D’Hooge, bahawa perlawanan bola sepak tidak sepatutnya diadakan sehingga Ogos atau September depan

Sanchez mendedahkan bahawa empat fasa kelonggaran itu telah dipersetujui oleh jemaah menteri dan ia bergantung kepada perkembangan semasa

Beliau berkata: “Fasa pertama atau fasa 0 ialah fasa persediaan untuk peralihan waktu di mana kita sedang berada.

“Contoh lain adalah kebenaran untuk atlet profesional menjalani latihan individu dan latihan asas buat atlet profesional.

“Sepanjang fasa satu atau fasa permulaan, ia bergantung kepada beberapa faktor dan beberapa aktiviti akan mula dibenarkan

“Dalam dunia sukan, diyakini pusat latihan tinggi dan sesi latihan pertengahan untuk liga profesional dapat dibuka.

“Oleh itu, kita akan berada dalam normal baru pada akhir Jun depan jika kita dapat mengawal pandemik ini di setiap wilayah,” katanya.

WhatsApp chat