CEO MotoGP Ingin Tetap Meneruskan Perlumbaan Pada Julai

KETUA MotoGP, Carmelo Ezpeleta berkata dia berharap perlumbaan musim ini dapat dimulakan pada Julai ini selepas lapan perlumbaan awal terpaksa dibatalkan atau ditangguhkan kerana pandemik Covid-19.

“Ketika ini kami sangat optimis untuk memulakan perlumbaan antara Julai dan November,” kata Ezpeleta yang juga CEO serta MotoGP promoter Dorna, kepada stesen penyiaran BT Sport.

“Kemungkinan kita akan dapat meneruskannya namun ia bergantung kepada situasi kerana kami perlu mengambil kira mengenai beberapa perkara lain,” tambahnya.

Ezpeleta berkata dua pilihan lain turut dipertimbangkan bermula pada September begitu juga perlumbaan seterusnya pada tahun ini.

Enam daripada 12 perlumbaan semusim tidak ditunda atau dibatalkan dijangka bersedia diadakan di Eropah.

Disebalik pemikiran positifnya warga Sepanyol itu berkata apabila sempadan ditutup di seluruh dunia ia menimbulkan masalah buat mereka.

“Salah satunya adalah mana-mana negara yang memerlukan untuk membolehkan kita melakukannya semasa pintu terbuka dan kedua adalah kemungkinan perjalanan dari satu negara ke negara lain,” katanya.

“Keutamaan kami adalah tumpuan untuk cuba melaksanakan kejuaraan di Eropah.

“Bergantung kepada situasi semasa, kami akan mempertimbangkan kemungkinan menuju pada penghujung tahun jika negara terbabit membenarkan kami melakukannya,” tambahnya.

Ezpeleta berkata jika kempen bermula bermakna perlumbaan akan dilangsungkan secara tertutup.

“Kami mempertimbangkan ketika ini segala situasi kemungkinan tanpa penonton kerana sayangnya kami tidak fikir untuk musim ini ia dapat dilakukan melainkan sudah ada vaksin. Ia sangat sukar untuk mempunyai penonton,” katanya.

WhatsApp chat