Petinju Disembur Pembasmi Kuman Sebelum Bertarung

ACARA tinju yang dilangsungkan malam semalam mencetus kontroversi apabila petinju terlebih dahulu disembur pembasmi kuman sebelum bertarung dan peminat dipaksa mengamalkan penjarakkan sosial.

Ketika hampir semua acara sukan terhenti di seluruh dunia kerana pandemik Covid-19, pertarungan lapan petinju dengan dihadiri penonton dijalankan di Nicaragua.

Semua petinju, jurulatih dan gadis gelanggang dipaksa untuk memakai topeng muka ketika tiba di Pusat Sukan Alexis Arguello yang mampu memuatkan 8,097 kapasiti penonton dekat Managua.

Peminat, termasuk kanak-kanak, turut disembur dengan pembasmi kuman dan diperiksa suhu badan mereka sebelum memasuki arena berkenaan.

Malah mereka dipaksa untuk duduk dalam jarak di antara satu meter antara satu sama lain di bangku tempat duduk ketika menyaksikan pertarungan.

Laporan mendakwa sekitar tempat duduk di dalam stadium berkenaan penuh ketika tiket pertandingan diberikan secara percuma.

Petinju lightweight, Ramiro Blanco dan Robin Zamora mencuri tumpuan pada pertarungan itu ketika menamatkan saingan sebanyak lapan pusingan.

Terdapat juga yang menamatkan enam pusing dan satu perlawanan pembukaan dengan empat pusingan pertarungan.

Ketika petinju tidak dibenarkan memakai topeng muka ketika bertarung, penganjur tidak mengambil risiko dan segera menyemburkan mereka dari kepala hingga kaki dengan pembasmi kuman sebelum loceng pertama dibunyikan.

Kerajaan di Nicaragua mendakwa mereka hanya mencatatkan 11 kes yang disahkan membabitkan Covid-19.

Promoter pertarungan itu dan bekas juara dunia, Ricardo Alvarez dia menganjurkan acara itu bagi membantu atlet tinju.

Dia berkata : “Nicaragua adalah negara miskin dan peninju perlu makan. Mereka tidak boleh berkurung di dalam rumah.

“Di Nicaragua tiada kuarantin. Kerajaan Nicaragua dan Menteri Kesihatan melakukan usaha yang baik jadi pandemik berkenaan tidak memberi kesan buruk kepada negara ini.

“Kami sangat bertuah kerana kes wabak di sini hanya membabitkan sebilangan kecil, dan kami semua perlu bekerja, jadi kami melakukan usaha ini.”

WhatsApp chat