CR7 Cadang Pasukan Portugal Sumbang 50% Dari Bonus Kelayakan EURO 2020

BINTANG Portugal, Bernardo Silva mendedahkan rakan senegaranya Cristiano Ronaldo menjadi pencetus kepada tindakan skuad kebangsaan negara itu mendermakan 50 peratus daripada bonus kelayakan mereka ke Euro 2020 bagi membantu mengekang pandemik Covid-19.

Ronaldo didedahkan sebagai penggerak di sebalik derma yang bakal digunakan untuk membantu badan bukan profesional di seluruh Portugal untuk terus bertahan ketika wabak Covid-19 menjejaskan sumber kewangan mereka.

Ketika ditanya mengenainya menerusi temubual bersama Bleacher Report, Silva berkata bintang Juventus itu memberikan idea berkenaan ketika perbualan bersama rakan sepasukan di dalam perbualan di aplikasi Whatsapp.

“Dia adalah orangnya, dua atau tiga hari yang lalu, yang memberi kami idea untuk menyumbangkan bonus kami,” kata pemain tengah Manchester City itu kepada Bleacher Report.

“Jadi kami layak ke Euro 2020, yang akan berlangsung pada tahun 2021.

“Dan dia memberi kami idea, mengajak kami menyumbangkan sebahagian dari bonus kelayakan kami,” ujarnya.

Portugal sehingga kini mencatatkkan hampir 17,000 kes Covid-19.

Satu kenyataan daripada Persekutuan Bola Sepak Portugal kemudian mengesahkan bahawa skuad negara itu akan mendermakan sebahagian daripada bonus mereka.

WhatsApp chat