Tiger Woods Jalani Latihan Di Lapangan Golf Peribadinya

SENSASI golf dunia, Tiger Woods terlepas untuk mempertahankan kejuaraan Masters berikutan pandemik Covid-19 namun sekurang-kurangnya dia dapat menjalani latihan di lapangan golf peribadi empat lubang di belakang rumahnya.

Dengan kejohanan Augusta ditangguhkan sehingga November, bintang berusia 44 tahun itu kini tinggal di sebuah rumah yang turut dilengkapi kolam renang, gelanggang bola jaring dan tenis.

Bercakap mengenai lapangan golf peribadi miliknya yang turut mempunyai enam bunker, Woods berkata: “Ia juga membolehkan saya melakukan pukulan dari studio tingkat dua.”

Hartanah bernilai £41 juta (RM222 juta) itu dibahagikan kepada dua bahagian dengan yang pertama tempat tinggal keluasan 3,300 kaki persegi manakala yang kedua, bangunan pelbagai guna berkeluasan 6,400 kaki persegi.

Antara kemudahan lain yang ada ialah bilik gimnasium, bilik media dan lif.

Rumah itu juga dilengkapi laluan kaca pejalanan kaki menghubungkan dua bangunan, tempat letak kereta yang besar serta ruang meletakkan bot mewah miliknya.

Bapa kedua dua anak itu juga boleh berehat di bilik terapi oksigen atau pun menonton filem di panggung wayang peribadi.

Rumah mewah milik Woods itu terletak di sebuah pula di Florida yang dihuni hanya kurang daripada 900 penduduk sekali gus menjadikannya tempat tinggal antara paling eksklusif.

WhatsApp chat