MotoGP Italy,Catalonia Turut Sah Ditunda Kerana Koronavirus

PARIS: Permulaan musim MotoGP dianjakkan paling awal kepada 21 Jun selepas penganjur hari ini menunda Grand Prix Itali dan Catalonia kerana coronavirus.

MotoGP Itali dijadualkan pada 31 Mei dengan Catalonia pada 7 Jun, namun ditunda ke tarikh baharu tanpa diberitahu.

Minggu lalu penganjur menunda MotoGP Perancis hingga 17 Mei selepas acara di Sepanyol ditetapkan pada 3 Mei.

“Ketika situasi kekal sama, tarikh baharu Grand Prix ini selain perlumbaan yang sebelum ini ditunda di Perancis dan Sepanyol, tidak akan disahkan sehingga benar-benar jelas ia boleh dilangsungkan,” kata badan induk MotoGP itu dalam satu kenyataan.

“Kalendar baharu akan diterbitkan secepat mungkin.” – AFP

WhatsApp chat