MY ESPORTS (Stay At Home) Platform Serlah Bakat E-Sukan

GOLONGAN belia negara ini khasnya peminat sukan elektronik (e-sukan) berpeluang mengilap bakat bagi diketengahkan sehingga ke peringkat antarabangsa menerusi Kejohanan My Esports: MyStay@HomeChallenge.

Kejohanan anjuran Persatuan Sukan Elektronik Malaysia (ESM) bermula dari 9 hingga 14 April itu mendapat kerjasama Kementerian Belia dan Sukan (KBS) membabitkan 13 negeri serta dua Wilayah Persekutuan.

“Pendaftaran dibuka bermula hari ini dengan kejohanan peringkat negeri akan berlangsung dari 9 hingga 10 April manakala kejohnan peringkat kebangsaan pula bermula dari 12 hingga 14 April.

“Dua jenis permainan dipertandingkan iaitu Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) dan PlayerUnknown’s Battlegrounds Mobile (PUBGMobile) yang dipertandingkan secara berkumpulan,” kata Kementerian Belia dan Sukan dalam satu kenyataan.

Menurut kenyataan itu lagi, pertandingan ini juga adalah antara usaha mencari bakat baru untuk e-sukan di Malaysia selain menggalakkan orang ramai untuk duduk di rumah sempena Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Penyertaan peringkat negeri bagi MLBB sasaran adalah 64 pasukan membabitkan 320 pemain manakala PUBGMobile pula mensasarkan penyertaan 64 pasukan membabitkan 256 pemain.

“Dua kejohanan ini bukan sahaja sebagai pengisian aktiviti di rumah sepanjang PKP tetapi secara tidak langsung mendidik anggota masyarakat bahawa e-sukan

adalah sukan yang mempunyai potensi dan mampu melahirkan atlet profesional serta pembangunan industri e-sukan,” katanya.

Tambahnya lagi, aspek kesihatan para pemain juga akan diberikan perhatian melalui penerapan elemen pendidikan sepanjang kejohanan ini berlangsung.

“Pemain akan didedahkan kepada cara bermain dengan sihat melalui senaman ringkas yang patut diamalkan penggemar e-sukan ketika bermain,” katanya.

Mereka yang ingin mengetahui maklumat lanjut mengenai kejohanan ini boleh melayari media sosial ESM dan KBS.

WhatsApp chat