Kanada SAH Menarik Diri Dari Penyertaan Sukan Olimpik 2020

ONTARIO – Kanada merupakan negara pertama menarik diri daripada penyertaan temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 dan Sukan Paralimpik Julai tahun ini.

Pengumuman itu menyusul sejurus selepas Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe kali pertama mengakui temasya terbesar dunia itu berkemungkinan ditangguhkan ekoran ancaman pandemik Covid-19.

Sementara itu, Kontinjen Olimpik dari Australia juga berpendirian jelas temasya berprestij itu tidak harus diteruskan dan meminta para atletnya untuk bersiap menghadapi Sukan 2021.

Olimpik Tokyo dijadualkan berlangsung bermula 24 Julai ini dan terdahulu Abe pernah menegaskan sukan terbesar dunia itu akan dipastikan berlangsung namun mula menyerah kalah kepada Covid-19 selepas pandemik itu semakin ‘mengganas’ menerusi gelombang keduanya.

Jawatankuasa Olimpik dan Paralimpik Kanada mendakwa keputusan sukar itu terpaksa diambil selepas berunding dengan para atlet, kumpulan sukan, dan kerajaan Kanada.

Ia juga seruan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa, Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia untuk menangguhkan temasya itu untiuk tempoh setahun.

“Kesihatan dan keselamatan atlet dan komuniti dunia lagi penting untuk kami dan tampil dengan keputusan itu.

WhatsApp chat