Kelayakan Olimpik Bagi Sukan Badminton Sah Dibatalkan

LONDON: Lima kejohanan terakhir untuk tempoh kelayakan Olimpik Tokyo dibatalkan kerana pandemik COVID-19, kata Persekutuan Badminton Dunia (BWF) hari ini.

Terbuka All England yang berlangsung dari 11-15 Mac adalah acara terakhir dikira untuk kelayakan Olimpik dengan ranking pada penghujung April akan menentukan pemain yang layak beraksi pada temasya Tokyo.

BWF berdepan kritikan hebat kerana meneruskan saingan di Birmingham itu sebelum menggantung semua kejohanan hingga 12 April kerana penularan wabak berkenaan.

Saingan Antarabangsa Croatia, Antarabangsa Peru, Kejohanan Eropah, Kejohanan Asia dan Pan Am Individual Championships dekat Guatemala City adalah kejohanan pada April yang dibatalkan.

“Lima kejohanan akan berlangsung dalam tempoh kelayakan Olimpik Tokyo 2020, tapi tidak lagi akan menyumbang kepada kelayakan Olimpik kerana ia berlaku di luar jendela kelayakan,” kata BWF dalam satu kenyataan.

“BWF akan membuat pengumuman selanjutnya terhadap sebarang implikasi membabitkan tempoh kelayakan Olimpik selepas ini.” – Reuters

WhatsApp chat