Martial Rempuh Tiang Gol Ketika Menentang Manchester City

PENYERANG kebangsaan Perancis, Anthony Martial menjaringkan gol pembukaan di hadapan penyokong sendiri menerusi sepakan volley yang menarik untuk menembusi gawang yang dikawal penjaga gol Manchester City, Ederson Moraes.

Martial beraksi cemerlang sepanjang perlawanan sekaligus membalas kepercayaan yang diberikan oleh jurulatihnya, Ole Gunnar Solskajer.

Dia mengalami kecederaan pada separuh masa kedua apabila Ederson pada mulanya gagal menampan bola dengan kemas lalu menuju ke gawangnya sendiri.

Berlakunya perebutan bola antara dua pemain tersebut menyebabkan Martial gagal mengawal kelajuan lalu merempuh tiang gol.

Martial dilihat terbaring kesakitan namun dia masih ingin meneruskan permainan sebelum terpaksa dikeluarkan 12 minit selepas itu dengan digantikan oleh bintang muda Scott McTominay.

Dengan ketiadaan penyerang utama Marcus Rashford akibat kecederaan, Martial kerap diturunkan sebagai penyerang tunggal oleh Solskjaer.

Namun, dengan kecederaan yang dialami Martial, dia bermungkinan besar tidak akan diturunkan pada perlawanan seterusnya menentang LASK, Khamis ini.

Manchester United dijangka akan melebarkan rekod tanpa kalah dalam kesemua pertandingan kepada 11 perlawanan berturut-turut pada Khamis ini sebelum bertemu Tottenham Hotspurs pada Sabtu.

WhatsApp chat